Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata kerajaan Sarawak sedang mempertimbangkan pemberian rumah kepada keluarga besar dari kampung Seberang Hilir dan kampung-kampung sekitar. Foto: TVS
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata kerajaan Sarawak sedang mempertimbangkan pemberian rumah kepada keluarga besar dari kampung Seberang Hilir dan kampung-kampung sekitar. Foto: TVS

Kerajaan pertimbang pemberian rumah kepada keluarga besar 

ByKhairil Zharif Affindie

KUCHING, 6 Mei : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata kerajaan Sarawak sedang mempertimbangkan pemberian rumah kepada keluarga besar dari kampung Seberang Hilir dan kampung-kampung sekitar.

Bagaimanapun keluarga besar itu akan ditempatkan di lokasi berbeza, iaitu di Sungai Bedaun, dan bukannya di projek perumahan Darul Hana.

“Kita sudah ada satu tatacara untuk memindahkan masyarakat di sana kerana kampungnya lebih baik, dan saya telah mengarahkan pihak Jabatan Tanah dan Survei bersama wakil rakyat di sana untuk meneruskan usaha pemindahan yang dilakukan.

“Ia ada dua, satunya adalah keluarga asal, yang keduanya ‘extended family’ (keluarga besar) dan ini akan juga kita timbangkan untuk diberi rumah tapi di kawasan lain, di Sungai Bedaun,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, berkata mereka menjangkakan menjelang tahun 2030, kesemua keluarga asal dari 13 kampung Melayu di kawasan berkenaan akan dipindahkan ke Darul Hana.

Hampir 80 peratus ketua keluarga dari kampung-kampung terbabit bersetuju untuk berpindah rumah manakala selebihnya masih menghadapi masalah pemilikan tanah dan faktor lain.

“Jadi selama tiga minggu proses itu dijalankan, hampir 80 peratus telah pun bersetuju, dan pada penghujung ‘land inquiry’ itu telah pun diadakan cabutan undi untuk mendapat rumah masing-masing. Jadi hampir 80 peratus ketua isi rumah telah pun bersetuju dengan rumah-rumah mereka, manakala baki 20 peratus ada masalah dari segi ‘land ownership’ dari segi status bercagar dengan bank dan beberapa faktor lain,” katanya.

Projek Perumahan Darul Hana yang dibiayai kerajaan negeri dan bernilai RM200 juta telah dimulakan pada Disember 2017 dengan tujuan memindahkan penduduk kampung dari 13 kampung di Seberang Hilir untuk memberi laluan kepada pembangunan bandar raya Kuching selanjutnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Timbalan Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi, Datuk Dr Haji Abdul Rahman Junaidi, di Waterfront Hotel Kuching. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan