Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Warga emas maut dalam kemalangan babit tiga kereta

ByBernama

JOHOR BAHRU, 4 Mei : Seorang pemandu warga emas maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di Kilometer 8 Jalan Nitar, Mersing, pukul 8 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata kemalangan itu menyebabkan pemandu kereta Honda City, Yusof Deris, 66, yang dipercayai dalam perjalanan dari Felda Nitar 2 menuju ke Mersing, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kepala.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas kereta itu cuba memotong kenderaan di hadapan, namun gagal lalu bertembung dengan sebuah kereta Proton Pesona, dan sebuah lagi kereta Proton Persona yang berada di laluan Honda City turut terlibat dalam kemalangan itu.

“Pemandu kereta Honda City disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kedua-dua Proton Persona yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu Komander Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Yusof Mat Yar dalam kenyataan berkata pemandu Honda City itu didapati tersepit di tempat duduk pemandu Honda City, manakala seorang wanita di tempat duduk penumpang pula cedera.

Beliau berkata tujuh lagi yang cedera adalah pemandu dan penumpang dua kereta Proton Pesona berkenaan.

Katanya operasi ditamatkan pada pukul 9.22 malam tadi.  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan