Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 30 pekerja pembinaan jalan raya Pan Borneo hilang tempat berteduh selepas satu blok dua tingkat 20 pintu rumah pekerja musnah

Blok 20 pintu rumah pekerja dua tingkat musnah, 30 penghuni selamat

BATU NIAH, 4 Mei : Seramai 30 pekerja pembinaan Jalan Raya Pan Borneo hilang tempat berteduh selepas satu blok 20 pintu rumah pekerja dua tingkat yang mereka diami musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kem Gelasah di Jalan Miri-Bintulu pada malam Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, Pegawai Bomba Tinggi (PBT) Rary Binjie, berkata sepasukan lapan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 7.24 petang.

Menurutnya, pasukan yang tiba di lokasi mendapati api sedang marak pada satu blok rumah pekerja dua tingkat jenis struktur tidak kekal.

Anggota bomba dari BBP Batu Niah sedang giat memadamkan api yang menjilat rumah pekerja yang didiami seramai 30 pekerja. Foto : BBP Batu Niah

“Setibanya pihak bomba di lokasi, satu blok rumah pekerja dua tingkat 20 pintu, termasuk 10 pintu di tingkat atas dan 10 pintu di bawah berstruktur tidak kekal, telah terbakar 80 peratus,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Beliau memberitahu, semua penghuni berjaya keluar menyelamatkan diri dan tiada kecederaan atau kehilangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut.

“Operasi pemadaman dilakukan dengan menggunakan satu aliran 200 kaki dua nozel sumber air jentera dan air terbuka bagi mengawal dan memadam kebakaran tesebut sehingga selesai,” jelasnya.

Terdahulu, katanya, sebelum ketibaan pihak bomba, beberapa penghuni rumah pekerja cuba memadamkan api dengan 11 unit alat pemadam api jenis debu kering namun gagal kerana struktur binaan diperbuat daripada papan lapis cepat terbakar.

Api berjaya dikawal pada jam 8.10 malam dan operasi selesai pada jam 9.05 malam.

Rary berkata, punca sebenar kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan bahagian forensik bomba. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan