Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
28 maut akibat kemalangan jalan raya pada hari pertama Syawal semalam dengan 19 kes melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

28 maut dalam kemalangan jalan raya pada hari pertama Syawal

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Mei : Sebanyak 28 kematian direkodkan akibat kemalangan jalan raya pada hari pertama Aidilfitri semalam (Selasa) dengan 19 kes melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Timbalan Ketua Polis Negara Dato’ Razarudin Husain berkata enam kematian lagi membabitkan pemandu dan penumpang kereta, dua pejalan kaki dan seorang pemandu jip.

“Angka kematian semalam merupakan yang tertinggi direkodkan sejak Op Selamat Ke-18 dilancarkan pada 29 April lepas, berbanding 10 kematian pada 29 April, 18 kematian pada 30 April, dan 20 kematian pada 1 Mei,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Razarudin berkata pada keseluruhannya 76 kematian direkodkan sejak operasi itu dilancarkan hingga semalam.

Selangor merekodkan kes kemalangan maut tertinggi dengan 10 kematian, diikuti Pahang (sembilan kematian) dan Kelantan (lapan kematian).

“Sebanyak 29 kematian direkodkan akibat kemalangan maut yang berlaku di jalan persekutuan, jalan negeri (21), jalan bandaran (9), lebuh raya (7) dan lain-lain jalan (10),” katanya.

Beliau berkata setakat semalam, sebanyak 6,932 kemalangan dicatatkan pada Op Selamat Ke-18 dengan 1,650 kes di Selangor, diikuti Johor (920), Kuala Lumpur (688), Perak (674) dan Pulau Pinang (597).

“Jalan bandaran merekodkan kemalangan tertinggi sebanyak 2,925 kes, jalan persekutuan (1,401), jalan negeri (1,307), lebuh raya (731) dan lain-lain jalan 568 kes,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 211,235 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik dengan 81,753 saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan