Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan negeri Selangor bersetuju cuti Hari Pekerja dibawa ke Rabu, 4 Mei selaras pengumuman rasmi Hari Raya yang jatuh pada Isnin.

Selangor setuju cuti pekerja dibawa ke 4 Mei

ByBernama

SHAH ALAM, 3 Mei : Kerajaan negeri Selangor bersetuju cuti Hari Pekerja dibawa ke Rabu, 4 Mei selaras pengumuman rasmi Hari Raya yang jatuh pada Isnin.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Haris Karim mengumumkan perkara itu selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Selaras dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri (mengenai cuti tersebut) serta peruntukan Seksyen 3 Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] dan perkenan Sultan Selangor, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari telah bersetuju bahawa Cuti Hari Pekerja di Selangor akan dibawa kepada Rabu, 4 Mei 2022.

“Perubahan cuti hari kelepasan am ini adalah turut dipanjangkan untuk diterima pakai kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri,” katanya dalam satu kenyataan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan