Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Masyarakat Islam di bandar ini menyambut hari raya pada Syawal pertama pada Isnin dengan penuh keterujaan selepas terpaksa menyambutnya dengan penuh halangan ekoran pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.
ASP Kushairy Bujang bersama keluarga tersayang dengan penuh gembira dan suasana harmoni di Sibu.

Penduduk Sibu sambut Syawal penuh nikmat

SIBU, 3 Mei: Masyarakat Islam di bandar ini menyambut hari raya pada Syawal pertama pada Isnin dengan penuh keterujaan selepas terpaksa menyambutnya dengan penuh halangan ekoran pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.

Kemeriahan hari raya pertama turut dikongsikan bersama beberapa umat Islam di bandar ini yang meluahkan kegembiraan mereka setelah dua tahun beraya dengan penuh bersyarat ekoran pandemik COVID-19.

Tinjauan wakil TVS di Sibu mendapati rata-rata orang ramai menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran kerana dapat menyambut hari raya seperti dahulu tanpa mengabaikan aspek keselamatan.

Seorang pegawai polis, ASP Kushairy Bujang, berkata saat-saat bersama keluarga tersayang semestinya didahulukan pada pagi Syawal pertama.

Beliau berkata, beliau bersyukur kepada Ilahi dan kerajaan kerana Malaysia telah membenarkan penganjuran rumah terbuka, orang ramai boleh menziarahi satu sama lain dan boleh balik kampung tanpa batasan kali ini.

“Kita merayakan hari raya dengan penuh gembira dan suasana harmoni tapi kita jangan lupa pastikan kita jaga kita untuk elakkan jangkitan COVID-19,” katanya.

Bagi seorang pesara guru, Bujang Wen, 75, kegembiraan jelas terpancar pada wajahnya apabila semua anaknya kembali berkumpul pada 1 Syawal.

Masyarakat Islam di bandar ini menyambut hari raya pada Syawal pertama pada isnin dengan penuh keterujaan selepas terpaksa melaluinya dengan penuh halangan ekoran pandemik COVID-19 dua tahun lalu.
Kegembiraan jelas terpancar pada wajah pesara guru, Bujang Wen, kerana pada hari raya tahun ini, anak-anaknya kembali berkumpul pada Satu Syawal di Sibu.

“Pengumuman tarikh hari raya tahun ini agak mengejutkan kerana bulan Syawal muncul sehari lebih awal daripada dijangkakan.

“Keadaan itu membuat ramai tergesa-gesa membuat persiapan saat-saat akhir untuk menyediakan lauk-lauk namun ada juga sudah bersedia lebih awal, cuma ada sedikit kalut persediaan raya tahun ini,” ujarnya.

Beliau turut meluahkan kelegaan kerana dapat menyambut hari raya dalam keadaan yang lebih tenang setelah prosedur operasi standard dilonggarkan berbanding dua tahun lalu.

Sementara itu, Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Mohamad Taha Abol, memberitahu perancangan balik ke kampung di Sibu bertepatan pada masanya walaupun pengumuman hari raya pada 2 Mei di luar jangkaan ramai.

“Tahun ini perancangan balik ke kampung tepat pada masanya kerana mereka tiba di Sibu sehari sebelum hari raya diumumkan.

Beliau amat bersyukur dapat balik ke rumah ibu di Sibu kerana ia merupakan satu kebanggaan dan satu nikmat untuk beraya bersama ibu yang masih hidup.

Manakala bagi suri rumah, Norhayati Abdullah, kegembiraan suasana beraya bersama anak-anak tetap dirasai walaupun suami terpaksa menyahut seruan bertugas di luar negara.

“Alhamdulillah, pada raya tahun ini, SOP telah dilonggarkan sedikit walaupun kami sekeluarga beraya bersama anak kerana suami ketika ini sedang bekerja di luar negara,” ujarnya.

Bagi Pegawai Kesihatan Awam, Amir Hamzah, penantian selama dua tahun oleh seorang ayah untuk kepulangan anak sulungnya akhirnya terubat apabila anak bersama menantu baharunya dapat kembali ke pangkuan keluarga pada 1 Syawal.

“Tahun ini, saya serta keluarga tidak balik ke kampung halaman di Limbang sebab anak sulung saya membawa balik menantu saya buat pertama kalinya,” katanya, dan menambah, hari raya kali ini disambut dengan sederhana sahaja. – TVS

Tags: COVID-19, sibu

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan