Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nisan Grand Livina terbakar sepenuhnya, pemiliknya meninggalkannya di Jalan Kimanis - Keningau, Kimanis

MPV musnah terbakar, tiada kemalangan jiwa

KIMANIS, Sabah 3 Mei: Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nisan Grand Livina telah terbakar sepenuhnya, dan ditinggalkan oleh pemiliknya di Jalan Kimanis-Keningau kira-kira pada jam 1.00 petang di sini hari ini.

Pegawai Operasi, PBBK II Donald Sr Gan, dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis menerima panggilan kecemasan MERS999 pada jam 1.07 petang dan sepasukan anggota telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan yang ditinggalkan oleh pemilik terbakar sedang sepenuhnya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, operasi pemadaman dijalankan dengan menggunakan satu aliran ‘hose reel’ untuk mengawal dan memadam kebakaran daripada merebak.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nisan Grand Livina terbakar sepenuhnya yang ditinggalkan di tepi jalan raya di Jalan Kimanis-Keningau
Kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nisan Grand Livina terbakar sepenuhnya dan ditinggalkan oleh pemiliknya.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.05 petang, dan operasi ditamatkan sepuluh minit kemudian setelah memastikan tiada lagi bahaya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan