Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
kanak-kanak, vaksinasi, pickids

Lebih 860,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19

ByBernama

KUALA LUMPUR,  3 Mei : Sebanyak 868,859 atau 24.5 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Malaysia telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 1,536,766 atau 43.3 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,894,533 atau 93 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,992,178 atau 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,035,520 atau 68.2 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,967,185 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,243,448 (98.8 peratus) sekurang-kuranya menerima satu dos vaksin.

Sebanyak 12,380 dos vaksin COVID-19 harian diberikan semalam melibatkan 1,847 dos pertama, dos kedua (10,015) dan dos penggalak (518), menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,325,128.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, lima kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan tiga kes dilaporkan di Selangor manakala masing-masing satu di Sarawak dan Perak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan