Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aplikasi MySejahtera kini dikemas kini dengan ciri-ciri baharu bagi mengesan penyakit berjangkit, menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Ciri baharu MySejahtera kesan lokasi penyakit berjangkit – Khairy

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Mei : Aplikasi MySejahtera telah dikemas kini dengan ciri-ciri baharu bagi mengesan penyakit berjangkit (Infectious Disease Tracker) termasuk penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata dengan fungsi terbaharu itu, pengguna boleh melihat kawasan titik panas penyakit selain COVID-19, seperti demam campak, rabies, HFMD dan demam denggi.

“Update terkini MySejahtera memperkenalkan ciri baharu. Boleh tengok penyakit berjangkit seperti HFMD,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitternya hari ini.

Beliau turut berkongsi dua tangkap layar kemas kini aplikasi berkenaan.

Sebelum ini, Khairy memaklumkan fungsi HotspotTracker yang dahulu digunakan untuk menjejak kawasan titik panas kes COVID-19 akan diubah kepada Infectious Disease Tracker.

Beliau berkata kawasan titik panas akan ditentukan berdasarkan jumlah kes aktif di kawasan lingkungan pengguna bagi setiap penyakit berjangkit.

Sementara itu Khairy menasihatkan orang ramai agar terus menggunakan pelitup muka apabila berada di tempat tertutup atau sesak.

“Saya harap sambutan Aidilfitri anda ceria pada raya kedua. Terus pakai pelitup muka di kawasan tertutup dan/atau sesak. Jika bergejala, buat ujian kendiri & lapor di @my_sejahtera,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan