Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
China dan Britain baru-baru ini mengadakan Forum Kerjasama Tenaga Hidrogen secara hibrid, dalam usaha untuk meningkatkan lagi kerjasama di sektor tenagan hijau dan perlindungan ekologi.

China, Britain tingkatkan kerjasama dalam tenaga hidrogen

ByBernama

BEIJING, 3 Mei : China dan Britain baru-baru ini mengadakan Forum Kerjasama Tenaga Hidrogen secara hibrid, dalam usaha untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam sektor tenaga hijau dan perlindungan ekologi.

Ketika menyampaikan ucaptamanya, Duta China ke Britain, Zheng Zeguang, berkata tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik peringkat kedutaan antara China dengan Britain.

“Forum kali ini juga adalah untuk melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara bagi meningkatkan kerjasama tenaga hijau dan perlindungan ekologi.

“Selain itu, forum berkenaan juga satu langkah pragmatik untuk merapatkan kerjasama antara bandar raya Wuhan dan Manchester, khususnya dalam bidang tenaga hidrogen dan pembangunan karbon rendah,” kata Zheng.

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Britain berhubung China, Frank Slevin, berkata sejak lima dekad lalu, China dan Britain membuktikan mereka mampu mengembangkan hubungan dua hala berdasarkan kepentingan bersama.

“Kemajuan sains dan teknologi untuk menangani masalah perubahan iklim adalah kandungan penting dalam kerjasama kedua-dua negara,” kata Slevin.

Forum itu juga menyaksikan memorandum kerjasama tenaga hidrogen antara Wuhan dan Manchester ditandatangani. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan