Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud (kiri) menerima kunjungan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kanan) pada Rumah Terbuka Aidilfitri 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini.Foto BERNAMA.

Sarawak terima keputusan BNM tidak luluskan lesen bank digital

KUCHING, 2 Mei : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) yang tidak meluluskan pemohonan kerajaan negeri untuk memperolehi lesen bank digital.

Beliau berkata ia tidak menjadi masalah dan Sarawak tidak perlu untuk membuat pemohonan semula.

“Ia tidak menjadi masalah, lagi pun Sarawak sudah mempunyai S Pay Global,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Yang di-Pertua Negeri  Sarawak, Tuan Yang Terutama, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Yang di -Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud (tiga,kiri) dan isteri, Toh Puan Ragad Kurdi (dua,kiri) bersalaman dengan orang ramai yang mengunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini. -BERNAMA

S Pay Global adalah platform mudah alih teknologi kewangan (fintech) yang dibangunkan oleh kerajaan Sarawak.

Konsortium Sarawak yang tidak tersenarai untuk memperolehi lesen bank digital itu adalah Revenue Group dan Kenangan Investment Bank Berhad.

Pada 29 April lepas, BNM dalam satu kenyataan berkata hanya lima sahaja pemohonan untuk mendapatkan lesen bank digital diluluskan, tiga daripada konsortium itu adalah Boost Holding Sdn Bhd dan RHB Bank Berhad, GXS Bank Pte dan Kuol Brothers Sdn Bhd yang diberikan lesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Sementara itu, dua lagi konsortium yang layak adalah Aeon Financial Service, Aeon Credit Service Berhad dan MoneyLion Inc serta KAF Investment Bank yang akan diberikan lesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan