Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan buat julung kalinya menganjurkan Pertandingan Bersusul Pangsapuri sempena sambutan Syawal tahun ini.

Pertandingan Bersusul Pangsapuri meriahkan sambutan Aidilfitri

SANDAKAN, Sabah, 2 Mei: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan buat julung kalinya menganjurkan Pertandingan Bersusul Pangsapuri sempena sambutan Syawal pada tahun ini.

Bersusul ataupun menghias pelita menjadi acara kemuncak bagi IPD Sandakan untuk memeriahkan lagi bulan Ramadan dan Syawal.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek, berkata acara itu menjadi satu kelainan dan sebagai pengisian bagi keluarga polis yang tinggal di Pangsapuri PDRM terutamanya bagi mereka yang tidak berpeluang bercuti dan balik kampung.

Menurutnya, ia sekaligus memberi peluang kepada warga PDRM di Sandakan untuk merasai keindahan suasana seperti di kampung halaman.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan buat julung kalinya menganjurkan Pertandingan Bersusul Pangsapuri sambutan Hari Raya.
Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan buat julung kalinya menganjurkan Pertandingan Bersusul Pangsapuri sempena sambutan Hari Raya.

“Dalam masa yang sama, aktiviti ini dapat memupuk kerjasama di antara penghuni di perumahan polis ini kerana semua persiapan dilakukan oleh semua penghuni di blok masing-masing,” katanya.

Penyertaan pertandingan itu melibatkan sembilan buah blok, dan hanya membenarkan penggunaan bahan semula jadi dan bahan terpakai selain tidak berasaskan elektrik.

Setiap blok perlu menggunakan kreativiti masing-masing untuk mencipta dan menghiasi kawasan yang disediakan.

Dalam pertandingan itu, Blok I muncul sebagai juara pertandingan manakala Blok G selaku naib juara dan Blok D di tempat ketiga. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan