Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua remaja lelaki yang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah motosikal di Jalan Paradom dekat sini petang semalam disahkan meninggalkan dunia semasa menerima rawatan di hospital sibu pagi tadi.

Motosikal bertembung dengan kereta, dua lelaki maut

SIBU, 2 Mei: Dua remaja lelaki, yang cedera parah selepas mereka mengalami kemalangan pada petang semalam (Ahad) melibatkan sebuah kereta dan sebuah motosikal di Jalan Paradom dekat sini, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sibu pagi tadi (Isnin).

Dalam kejadian pada jam 3.36 petang Ahad, motosikal yang ditunggang kedua-dua mangsa bertembung dengan sebuah kereta perodua Kancil di tempat kejadian.

Baca > > > Dua lelaki cedera parah, motosikal bertembung dengan kereta

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Bingkok John, berkata kemalangan berlaku ketika kereta Kancil tersebut sedang bergerak lurus menghala ke Jalan Sarikei-Betong.

Motosikal yang ditunggang kedua-dua mangsa tiba-tiba melanggar kereta tersebut dari arah bertentangan sebelum terbabas dan memasuki laluan bertentangan selepas mereka dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan yang berada di hadapan dalam perjalanan menghala ke bandar Sibu.

Bingkok menambah, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan lanjut.

Berdasarkan laporan kemaskini kes, pembonceng yang dikenali sebagai Augustine Reba Nyambar berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Sibu pada jam 7.39 pagi manakala penunggangnya, Clement James, 24, disahkan meninggal dunia pada jam 10.43 pagi Isnin.

Bingkok menjelaskan, punca kematian kedua-dua mangsa adalah akibat kecederaan parah pada bahagian kepala manakala pemandu perempuan kereta Kancil berusia 53 tahun dan seorang penumpang remaja berusia 17 tahun hanya mengalami luka ringan pada bahagian muka akibat serpihan cermin kaca kereta yang pecah.

Pemandu dan penumpang kereta Kancil terbabit difahamkan sedang dalam perjalanan balik untuk beraya di Betong selepas membeli barang di bandar Sibu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan