Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Saingan suku akhir Kejohanan All England kali ini menjanjikan aksi perlawanan yang pasti menarik perhatian ramai peminat badminton, apabila pemain perseorangan lelaki nombor satu negara Lee Zii Jia akan berhadapan dengan pemain nombor dua dunia Kento Momota dari Jepun.
Lee Zii Jia muncul juara Asia selepas menewaskan wakil Indonesia, Jonatan Christie pada perlawanan akhir di Manila, Filipina semalam. Foto Bernama

Juara Asia, ini hadiah Aidilfitri – Zii Jia

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 2 Mei : Juara perseorangan badminton Asia baharu, Lee Zii Jia mendedikasikan kemenangannya itu kepada rakyat Malaysia yang menyambut Hari Raya Aidilfitri hari ini.

Zii Jia, 24, berkata, ’emas’ yang diraih selepas menewaskan wakil Indonesia, Jonatan Christie itu juga merupakan hadiah yang termampu diberikan olehnya kepada Malaysia ketika ini.

“Ini adalah hadiah yang paling bermakna daripada saya kepada semua warga Malaysia menjelang Hari Raya Aidilfitri,”katanya menerusi hantaran di Facebook.

Semalam pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu memberi petanda dia sudah kembali ke prestasi terbaiknya selepas menumpaskan Christie menerusi kemenangan 21 -17 dan 23 -21 dalam masa 45 minit di Manila, Filipina.

Secara bergurau, bekas juara All England itu berkata, dia merindui makanan yang biasanya dihidangkan pada hari perayaan.

“Esok (hari ini) raya, pasti saya rindu rendang, ketupat dan nasi lemak. Apapun, Selamat Hari Raya Aidilfitri, kekal selamat dan sihat,”katanya.

Beraksi di Kompleks Sukan Muntilupa yang dianggap sebagai gelanggang ‘bertuahnya’ Zii Jia turut memberi penghargaan kepada penyokong di situ yang memberi sokongan padu kepadanya.

“Kepada penyokong di Filipina, saya berasa amat terharu dengan memori semasa Sukan SEA 2019 , di gelanggang yang sama saya menang emas untuk Malaysia, memori ini akan sebati dalam hati saya,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan