Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua remaja lelaki cedera parah apabila motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta di Jalan paradom, dekat sini pada petang semalam.

Dua lelaki cedera parah, motosikal bertembung dengan kereta

SIBU, 2 Mei: Dua remaja lelaki cedera parah apabila motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Paradom, dekat sini pada petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Suna Kaha berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kereta bertembung dari arah bertentangan di lokasi tersebut sekitar pukul 3.30 petang.

“Pasukan bomba terus menjalankan operasi untuk mengeluarkan seorang mangsa lelaki yang cedera parah di bahagian kepala dari dalam kereta dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

“Seorang penunggang motosikal berusia berusia 18 tahun yang terbaring di tepi jalan terus diberi rawatan awal kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dipercayai patah kaki kiri.

“Manakala pemboncengnya berusia 24 tahun juga cedera parah di bahagian kepala juga menerima rawatan awal, ” katanya.

Tambah Suna, kedua-dua penumpang kereta terbabit termasuk pemandu wanita berusia 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun hanya mengalami luka ringan di bahagian muka akibat serpihan cermin kaca kereta yang pecah.

Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Sibu menggunakan dua buah ambulans untuk tindakan selanjutnya, – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found