Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penduduk menyambut Hari Raya Aidilfitri diingatkan untuk mengutamakan keselamatan dan mengambil langkah pencegahan awal berkonsepkan 3 'L'.

Warga dapur diingatkan utamakan keselamatan pada musim perayaan

KANOWIT, 1 Mei: Penduduk terutamanya yang menyambut Hari Raya Aidilfitri diingatkan untuk mengutamakan keselamatan dan mengambil langkah pencegahan awal berkonsepkan 3 ‘L’ iaitu Look, Listen & Learn, pada musim perayaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit, Penolong Penguasa Bomba, Arrahman Chik, berkata kesibukan dan keterujaan pada musim perayaan tidak dinafikan boleh menyebabkan ramai mudah terlupa sehingga terkena sindrom “lupa dan cuai’ terutamanya dalam kalangan warga dapur.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar suri rumah ataupun mereka yang memasak di dapur mengambil langkah berkonsepkan ‘lihat, ‘perhatikan’ dan ‘latih’ sebagai langkah yang perlu diamalkan untuk mengelak sebarang kemungkinan yang tidak diingini daripada berlaku.

“Punca utama kebakaran rumah sering dikaitkan dengan peralatan di dapur terutamanya peralatan gas, litar pintas yang disebabkan daripada fungsi peralatan pemasangan elektrik yang tidak betul,” katanya ketika dihubungi TVS.

Namun, katanya, tidak dinafikan bahawa memasak juga menjadi punca utama kebakaran di rumah sehingga mendatangkan kecederaan atau kehilangan jiwa.

“Oleh itu langkah pencegahan kita haruslah sentiasa mengamalkan tiga perkara iaitu ‘lihat’, dengar’ dan ‘latih’,” tegasnya.

Menurut Arrahman, peringatan dan langkah 3 ‘L’ penting kerana kebakaran boleh berlaku pada bila-bila masa dan faktor keselamatan harus dititikberatkan setiap masa.

Jelasnya, L pertama iaitu Look atau Lihat menekankan penjagaan peralatan gas yang perlu dipastikan sentiasa dalam keadaan baik, tidak bocor dan sistem pendawaian elektirk yang sempurna.

“Manakala L kedua, Listen, iaitu perhatian, untuk mengingatkan kita supaya berwaspada untuk mengelakkan daripada meninggalkan dapur semasa memasak dan juga elakkan memasak jika mengantuk, pening atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk,” ujarnya.

“Manakala L ketiga pula, ‘Learn‘ ataupun latih, kita hendaklah melatih diri untuk menggunakan alat pemadam api sekiranya berlaku kebakaran di dapur di mana alat pemadam ini mudah dikendalikan dan hendaklah ditempatkan di tempat yang mudah dilihat.”

Terdahulu, Arrahman memberitahu bahawa warga BBP Kanowit dan Jawatankuasa Surau Al Hidayah Kanowit telah mengadakan program agihan bubur kacang yang dilakukan secara pandu lalu kepada orang awam di depan BBP Kanowit pada Jumaat.

“Pada program agihan bubur kacang Jumaat lalu, pihak kami juga berkesempatan untuk mengedarkan risalah keselamatan kepada penerima agihan bubur kacang sebagai satu usaha untuk mengingatkan penduduk mengenai pencegahan kebakaran pada musim perayaan ini.

Pada program agihan bubur kacang Jumaat lalu, pihak kami juga berkesempatan untuk mengedarkan risalah keselamatan kepada penerima agihan bubur kacang sebagai satu usaha untuk mengingatkan penduduk mengenai pencegahan kebakaran pada musim perayaan ini.
BBP Kanowit turut mengedarkan risalah keselamatan kepada penerima agihan bubur kacang pada Jumaat lepas.

“Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri sambil menyeru semua orang agar kekal selamat dan sentiasa mengutamakan keselamatan dan kita jaga kita,” tambah beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan