Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jalan Tiga di tengah Bandar Sandakan di sini kembali sibuk apabila Lot Jualan Ketupat dibenarkan beroperasi semula oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) pada tahun ini.

Selepas dua tahun ‘bercuti’ Jalan Tiga kembali sibuk

ByTVS

SANDAKAN, 1 Mei : Jalan Tiga di tengah Bandar Sandakan di sini kembali sibuk apabila Lot Jualan Ketupat dibenarkan beroperasi semula oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) pada tahun ini.

Lot jualan itu menjadi antara keunikan di Sandakan dalam bulan Ramadan kerana ia beroperasi di atas laluan pembahagi jalan raya.

Selain itu, lot jualan itu juga hanya dibuka untuk tempoh tiga hari sahaja sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Pelbagai bahan mentah boleh didapati di situ termasuk sarung ketupat, daun pisang, rempah ratus dan kelapa sekaligus memudahkan umat Islam melakukan persiapan menyambut Hari Raya.

Peniaga, Hanizah Hanyrin, 25, bersyukur kerana lot jualan itu akhirnya dibenarkan beroperasi semula pada tahun ini selepas dua tahun “bercuti”.

“Lebih 10 tahun sudah keluarga saya menjual sarung ketupat di sini. Agak janggal juga apabila terpaksa “bercuti” berniaga pada tahun 2020 dan 2021 sebab Covid-19.

Orang ramai sedang membeli ketupat bagi persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Foto: Villa

“Sebagai peniaga yang berada di sini setiap tahun, sudah semestinya kami bersyukur kerana dapat kembali menjalankan perniagaan pada tahun ini.

“Walaupun dalam dua tahun sebelum ini kami berniaga secara atas talian, tetapi sambutan pelanggan dan suasana di kawasan sekeliling tetap berbeza dan tidak meriah seperti selalunya,” katanya.

Ketika ditemui, beliau bersama ibunya sedang sibuk menganyam ketupat untuk dijual kepada pelanggan dengan harga RM2 untuk lima biji sarung ketupat.

Kelihatan gerai yang jual ketupat dan juga barang masakan yang lain bagi persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Foto: Villa

Berasal dari Kampung Nelayan, Batu 10 di sini, beliau dan ibunya akan berkampung di lot gerai itu selama tiga hari dan hanya akan pulang ke rumah selepas lot itu ditutup pada malam esok (2 Mei).

Pada tahun ini, MPS menyediakan sebanyak 105 lot gerai untuk peniaga di kawasan itu dengan masa operasi perniagaan adalah 24 jam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan