Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Michael Tiang telah menubuhkan Jawatankuasa Kesihatan Awam Negeri (SPHC) untuk menyelia hal-hal kesihatan awam di negeri ini

Michael Tiang ketuai Jawatankuasa Kesihatan Awam Negeri

SIBU, 1 Mei : Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Michael Tiang, telah menubuhkan Jawatankuasa Kesihatan Awam Negeri (SPHC) untuk menyelia hal-hal kesihatan awam di negeri ini.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan dianggotai seorang penasihat, peranan yang akan dipegang oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Tiang sendiri akan memegang jawatan sebagai pengerusi jawatankuasa manakala Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datu Antonio Kahti Galis dilantik sebagai sekretariat.

Turut dalam senarai ahli jawatankuasa tersebut adalah Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Sarawak, Kontroler Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar, Pengarah Perkhidmatan Veterinar Bahagian Sarawak, Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, Pengarah Suruhanjaya Bandaraya Kuching Utara, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu, serta Setiausaha Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah.

Turut hadir bagi penubuhan Jawatankuasa Kesihatan Awam Negeri (SPHC) untuk menyelia hal-hal kesihatan awam di negeri ini.
Mesyuarat bagi penubuhan Jawatankuasa Kesihatan Awam Negeri (SPHC) untuk menyelia hal-hal kesihatan awam di negeri ini.

Menurut Tiang, selain menyelia hal ehwal kesihatan awam di negeri ini, jawatankuasa itu juga akan memberi khidmat nasihat dan hala tuju berhubung hal kesihatan awam negeri serta bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan (sama ada pada peringkat persekutuan mahupun negeri), Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan sektor swasta dalam program dan aktiviti berkaitan kesihatan awam.

“Skop jawatankuasa ini meliputi bidang yang luas berhubung masalah kesihatan awam di bawah pihak berkuasa tempatan, dan agensi negeri dan persekutuan lain.

“Saya optimis SPHC akan dikendalikan dengan lancar untuk menyelia senario kesihatan awam di Sarawak,” katanya.

Menurutnya lagi, isu kesihatan awam yang akan dibincangkan termasuk status demam denggi dan langkah kawalan di Sarawak, status kes rabies di Sarawak, laporan kes gigitan anjing dan rawatan rabies, status program vaksinasi anjing dan langkah-langkah membendung rabies, isu kesihatan awam pihak berkuasa tempatan yang berkaitan, isu kawal selia dan perundangan berkaitan yang dikenal pasti dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, dan sebarang perkara berkaitan lain yang memerlukan arahan jawatankuasa.

“Bergantung kepada keperluan, agensi kerajaan lain yang berkaitan termasuk NGO dan sektor swasta akan bekerjasama untuk membantu SPHC,” katanya.

Jawatankuasa itu akan bermesyuarat setiap suku tahun melainkan terdapat isu mendesak yang memerlukan arahan SPHC.

Tiang, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan, berkata mesyuarat pertama SPHC diadakan pada 27 April lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan