Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai kelab pertama Malaysia mara ke pusingan 16 terakhir ACL mampu jadi pemangkin bola sepak Malaysia.

Kejayaan JDT mampu jadi pemangkin bola sepak Malaysia – Hamidin

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Mei : Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah sebagai kelab pertama dari Malaysia yang mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Asia (ACL), mampu menjadi pemangkin kepada moral pemain negara untuk mencatat kejayaan lebih tinggi pada peringkat antarabangsa.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata kejayaan itu, yang meletakkan JDT setanding dengan kelab-kelab terbaik dari benua ini, juga diharap dapat menjadi contoh terbaik dalam arena bola sepak negara.

“Terbukti dengan kerja keras serta perancangan yang baik seperti diusahakan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, semuanya membuahkan hasil yang amat membanggakan.

“Kejayaan ini secara tidak langsung akan meningkatkan tahap permainan, kualiti dan mutu bola sepak negara untuk bersaing dengan kelab daripada kuasa besar bola sepak Asia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Skuad Harimau Selatan mengesahkan slot ke pusingan kalah mati ACL selaku juara Kumpulan I dengan 13 mata, selepas menewaskan Ulsan Hyundai 2-1 pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor semalam.

Hamidin berkata kejayaan itu juga dapat menaikkan lagi semangat pemain JDT untuk melakar kejayaan pada pusingan seterusnya.

“Sememangnya ia kemenangan penuh dramatik tetapi cukup bergaya, yang membuktikan pemain-pemain cukup berdaya saing,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan