Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 119 penumpang feri terkandas dibawa arus di kawasan terumbu karang di perairan Pulau Molleangin, Kudat, pagi semalam.

Feri terkandas 119 penumpang selamat

ByTVS

Foto: APMM

KUDAT, 1 Mei : Seramai 119 penumpang feri berdepan detik cemas apabila feri mereka naiki terkandas dibawa arus di kawasan terumbu karang di perairan Pulau Molleangin, Kudat, pagi semalam.

Difahamkan feri penumpang Labuan Express 7 itu dalam perjalanan dari Jeti Feri Karakit, Pulau Banggi menuju ke Jeti Feri Kudat terkandas setelah mengalami kerosakan pada bahagian enjin.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, tiga bot ronda Maritim Malaysia dari Zon Maritim Kudat telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk bantuan segera dan pemantauan terhadap keselamatan penumpang.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, tiga bot ronda Maritim Malaysia dari Zon Maritim Kudat telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk bantuan segera dan pemantauan terhadap keselamatan penumpang.
Tiga bot ronda Maritim Malaysia dari Zon Maritim Kudat telah digerakkan ke lokasi kejadian. Foto: APMM

“Kesemua penumpang berkenaan telah selamat dipindahkan ke feri penumpang bantuan yang dihantar dengan selamat tanpa melibatkan sebarang kecederaan dan dibawa ke Jeti Feri Kudat,” katanya dalam kenyataan.

Turut terlibat dalam membantu menyelamat itu katanya, sebuah bot Bomba Sukarela Pulau Banggi, sebuah bot Pasukan Polis Marin Kudat, sebuah bot Pantanunam Resort dan dua bot penduduk kampung.

“Maritim Malaysia ingin menasihatkan pengusaha feri dan pemilik bot agar memastikan feri serta bot di bawah seliaan mereka diselenggara dengan baik serta mematuhi undang-undang dan peraturan negara,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan