Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cuti Hari Pekerja secara automatik akan dibawa kepada hari Rabu, 4 Mei selaras dengan pengumuman rasmi Hari Raya Aidifitri yang jatuh pada Isnin.

Cuti hari pekerja dibawa kepada Rabu – PM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Mei : Cuti Hari Pekerja secara automatik akan dibawa kepada hari Rabu, 4 Mei selaras dengan pengumuman rasmi Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada Isnin.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata ia adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Holidays Ordinance (Sabah Cap. 56) dan Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap. 8).

Beliau berkata gantian cuti Hari Pekerja secara automatik tidak terpakai untuk negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor kerana Hari Pekerja jatuh pada Ahad kerana ia adalah hari bekerja di negeri-negeri berkenaan.

“Bagaimanapun, ia adalah tertakluk pada keputusan Pihak Berkuasa Negeri masing-masing untuk membuat sebarang pengumuman berkenaan cuti,” katanya.

Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Isnin (2 Mei). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan