Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi SUPP Cawangan Stakan Datuk Sim Kiang Chiok (4 dari kiri) dan Ketua Bahagian Belia yang baru dipilih, Valentine Encik Daley Yong (3 dari kanan) bersama ahli jawatankuasa lain.

SUPP Cawangan Stakan tubuh Bahagian Belia

KUCHING, 30 April : Buat julung kalinya Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Stakan mengumumkan bahawa pihaknya telah menubuhkan Bahagian Belia pada Sabtu.

Untuk itu Valentine Daley Yong telah dilantik sebagai Pengerusi Bahagian Belia SUPP Stakan yang pertama dan dibantu oleh Fazilah Anak William Timri manakala Morris Morgan dilantik sebagai Setiausaha.

Menurut Pengerusi SUPP Cawangan Stakan, Datuk Sim Kiang Chiok, setelah hampir enam tahun ditubuhkan, pihaknya rasa gembira kerana ramai ahli muda tampil menyertai pihaknya untuk berkhidmat kepada masyarakat melalui platform baharu ini di kawasan Stakan.

“Pasukan baharu ahli muda ini adalah hasil daripada dasar baharu kita dan penglibatan proaktif dalam komuniti.

“Kita mengharapkan agar lebih banyak penglibatan generasi muda ini bersama-sama dengan masyarakat dalam bidang kebajikan, pekerjaan dan peluang keusahawanan lain,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, SUPP Cawangan Stakan akan mengadakan Pemilihan Cawangan Tiga Tahun Sekali buat kali ketiga pada jam 8.00 malam ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan