Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Majlis khatam Al-Quran dan berbuka puasa bersama Premier Sarawak

Foto: Muhammad Zaid

KUCHING, 30 April: Majlis Khatam Al-Quran dan berbuka puasa bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah berlangsung di Kompleks Islam Sarawak di sini, pada Jumaat.

Majlis tersebut dimulakan dengan dua pusingan awal khatam Al-Quran seawal pukul 4:15 petang melibatkan pelbagai agensi Islam tempatan.

Premier Sarawak turut mengetuai khatama Al-Quran tersebut menerusi bacaan surah Ad-Dhuha bagi pusingan ketiga yang melibatkan para tetamu kehormat dalam majlis.

Dalam majlis yang sama, beliau berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan agihan geran peruntukan Majlis Islam Sarawak kepada 12 wakil bahagian dari seluruh Sarawak berjumlah lebih RM446,000 bagi fasa pertama sebelum diakhiri dengan solat Isyak dan solat sunat Tarawih.

Turut hadir Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi (Utiliti) Sarawak, Datuk Dr Haji Abdul Rahman Haji Junaidi, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Haji Misnu Haji Taha serta ketua-ketua agensi Islam tempatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan