Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kejadian pada kira-kira pukul 11 pagi susulan hujan lebat dan angin kencang itu menyebabkan sekurang-kurangnya lima kereta mengalami kerosakan. Foto: Bernama

Lima kereta dihempap pokok tumbang di Labuan

LABUAN, 30 April : Sebuah pokok pine besar tumbang menghempap lima kenderaan di kawasan letak kereta di hadapan Financial Park Complex di sini, susulan hujan lebat dan angin kencang selama kira-kira sejam, pagi ini.

Menurut seorang saksi, Adnan Talipuddin kejadian pada kira-kira pukul 11 pagi itu menyebabkan sekurang-kurangnya lima kereta mengalami kerosakan, dan ini merupakan kejadian yang pertama kali berlaku sejak kawasan tempat letak kereta itu dibangunkan.

“Semasa hujan lebat dan angin kencang berlaku, saya lihat beberapa khemah bazar Ramadan di luar kompleks itu tumbang, sebelum saya nampak pokok besar itu tumbang menghempap beberapa kenderaan dalam kawasan tempat letak kereta di hadapan kompleks itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Ismaidi Ismail berkata tujuh ahli bomba dari balai Kampung Jawa bergegas ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada pukul 11.30 pagi.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan