Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
残奥会:大马羽球选手谢儮好夺金!

Liek Hou intai pingat emas lagi di Sukan Asia Para

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 April : Juara badminton Paralimpik Tokyo 2020 Cheah Liek Hou menanam hasrat untuk memenangi semula pingat emas di temasya Sukan Para Asia di Hangzhou, China, yang dijadual berlangsung pada 9 hingga 15 Oktober akan datang.

Bagaimanapun pemenang dua pingat emas Sukan Para Asia itu berkata prestasinya di China nanti akan menentukan sama ada beliau mampu membawa pulang pingat emas ataupun tidak.

“Pada masa ini, sasaran saya ialah untuk memenangi pingat emas di Hangzhou, namun ia bergantung kepada prestasi saya semasa temasya itu nanti. Jika saya berada pada prestasi terbaik, tentunya saya sasarkan pingat emas.

“Saya bukan seorang pemain muda lagi, sebab itu saya tidak akan berada pada prestasi terbaik pada setiap pertandingan,” kata atlet badminton berusia 34 tahun itu kepada Bernama baru-baru ini.

Liek Hou gagal mempertahankan emas Para Asia yang beliau menangi dua kali berturut-turut di Guangzhou 2010 dan Incheon 2014, apabila beliau hanya mampu membawa pulang pingat gangsa pada edisi terakhir Sukan Asia di Jakarta-Palembang, Indonesia.

Ketika ditanya mengapa beliau tidak mengambil bahagian dalam dua kejohanan berturut-turut di Sepanyol pada bulan lepas, pemain para badminton nombor dua dunia itu menjelaskan beliau tidak dapat menyertainya kerana beliau didapati menjadi kontak rapat kepada seorang pemain kebangsaan, yang didapati positif COVID-19.

“Bukan kerana cedera, tetapi saya menjadi kontak rapat kepada salah seorang rakan sepasukan, dan sebab itulah saya tidak mengambil bahagian dalam dua kejohanan di Sepanyol,” ujarnya.

Namun demikian, walaupun tanpa penyertaan Liek Hou di Sepanyol, atlet badminton berkerusi roda Muhammad Ikhwan Ramli pula menjadi kebanggaan negara apabila beliau memenangi kedua-dua pertandingan di Sepanyol.

Muhammad Ikhwan dinobatkan sebagai juara ‘Spanish Para Badminton International II’ selepas beliau berjaya menewaskan Thomas Wandschneider 22-20, 22-24, 21-17 dan kemudian mencatatkan kemenangan berturut-turut ke atas pemain Jerman itu untuk menjuarai ‘Iberdola Spanish Para Badminton International’ dengan mencatatkan keputusan 21-12, 21-16. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan