Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang kanak - kanak perempuan rentung dalam kebakaran di Saratok. Gambar PGO Bomba.

Kanak-kanak OKU rentung dalam kebakaran

SARATOK, 30 April : Seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat di Kampung Tanjung Hulu, di sini sebentar tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memberitahu, mayat mangsa yang berusia 12 tahun itu ditemui di dalam bilik tidurnya.

Kebakaran kira-kira pukul 8.15 malam itu mengakibatkan kediaman terbabit musnah seratus peratus.

“Sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Nasir Drahman bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan pada pukul 8.18 malam.

“Tindakan pemadaman menggunakan satu aliran, 300 kaki dari pili bomba terdekat.

“Kebakaran dapat dikawal kira-kira sejam kemudiannya,” jelas PGO menerusi kenyataan media.

Difahamkan kediaman berkenaan dihuni seramai enam penghuni termasuk mangsa.

Setakat ini, jumlah kerugian dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan