Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

IPT tidak dibenarkan naikkan yuran – KPT

KUALA LUMPUR, 30 April : Institut pengajian tinggi (IPT) tidak dibenarkan menaikkan yuran pengajian berdasarkan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menetapkan moratorium ke atas kenaikan yuran sejak semester kedua sesi akademik 2019/2020 susulan pandemik COVID-19.

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini menjelaskan bagi universiti awam (UA) ketika ini kerajaan masih menanggung sepenuhnya kos operasi mereka.

“Sumber kewangan yang disediakan oleh kerajaan masih mampu untuk membolehkan UA melaksanakan tanggungjawab dalam memberikan pendidikan kepada warganegara,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan KPT menetapkan moratorium ke atas yuran pengajian bagi IPT atas dasar keprihatinan dan cakna kebajikan rakyat khususnya para pelajar ketika negara baru sahaja memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan