Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

143 pendatang tanpa izin termasuk pelarian Rohingya ditahan di perairan Kuala Kurau

PARIT BUNTAR, 30 April : Seramai 143 pendatang tanpa izin termasuk 134 etnik pelarian Rohingya ditahan di perairan laut Kuala Kurau hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata kesemua mereka yang berumur lingkungan lima tahun hingga 40-an itu ditahan kira-kira enam batu nautika di perairan laut Kuala Kurau di antara 7 pagi hingga 12.30 tengah hari.

“Semua warga asing itu termasuk empat lelaki warga Bangladesh dan lima lelaki Myanmar ditahan selepas bot yang dinaiki mereka tersangkut pada beting pasir Kalumpang di perairan berkenaan.

“Mereka yang ditahan itu membabitkan 66 lelaki dan 59 wanita serta kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing sembilan orang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mereka datang dari Myanmar dan berada di perairan itu setelah bot dinaiki tersangkut pada beting pasir.

Katanya semasa pemeriksaan, seramai 87 orang berada di atas bot manakala yang lain bertindak melarikan diri dengan berenang ke daratan sebelum ditahan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan