Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
IPD Kapit
Wanita rugi RM17,500 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud. Foto: IPD Kapit

Wanita rugi RM17,500 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud

KAPIT, 29 April: Seorang wanita dari Kapit mengalami kerugian sebanyak RM17,500 selepas diperdayakan oleh sindiket penipuan pelaburan yang tidak wujud.

Kejadian itu berlaku apabila mangsa berusia 31 tahun telah tertarik dengan satu iklan pelaburan saham ketika melayari laman sosial pada 22 April lalu.

Ketua Polis Dareah Kapit, Deputi Superintendan Freddy Bian berkata, mangsa kemudiannya dimasukkan ke dalam satu kumpulan pelaburan di applikasi Telegram untuk urusan seterusnya.

Baca lagi > > > Pengasuh ditipu bomoh Facebook lebih RM30,000

Baca lagi > > > Wanita, tunang ditahan tipu jual beli kucing RM11,000 di Facebook

“Pada mulanya mangsa telah membuat pelaburan berjumlah RM500.00 dan dimaklumkan bahawa pelaburan pertama berjaya mendapat pulangan berjumlah RM25,000.00,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau memberitahu pengadu kemudian dikehendaki membuat tiga kali transaksi pembayaran masing-masing berjumlah RM2000.00, RM5000.00 dan RM10,000.00 atas pelbagai urusan konon nya untuk mendapatkan pulangan pelaburan yang dijanjikan.

“Namun, wanita itu menyedari ditipu apabila suspek sering memintanya untuk membuat pembayaran ke akaun individu yang berbeza dan nekad membuat laporan di Balai Polis Kapit pada Isnin lalu,” katanya.

Freddy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai sentiasa berhati-hati dengan pelbagai modus operandi sindiket penipuan/

Orang ramai juga digalakkan untuk membuat semakan pengesahan melalui laman sesawang http : ccid.rmp.gov.my/semakmule/ untuk mengenalpasti akaun bank dan nombor telefon digunakan yang pernah terlibat dalam kes penipuan. – TVS

Tags: sindiket, tipu

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan