Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pesuruhjaya Polis Sarawak sedia tingkat kawalan keselamatan negeri

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 29 April : Polis bersedia mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan di Sarawak, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu, Dato Mohd Azman Ahmad Sapri.

Menurut Mohd Azman, usaha itu akan diperluaskan bagi mencapai matlamat keselamatan yang tinggi di negeri Ini selain mengekalkan kemakmuran demi keharmonian rakyat yang juga akan sentiasa menjadi keutamaan pihak polis.

Mohd Azman mengambil alih jawatan tersebut daripada Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata.

Pesuruhjaya Polis Sarawak sebelum ini, Dato’ Aidi ismail, kini berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman yang baharu.

“Ini merupakan kali pertama saya berkhidmat di negeri ini, dan saya yakin usaha untuk memastikan kawalan keselamatan di negeri ini dapat dipertingkatkan,” kata Mohd Azman.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di Wisma Bapa Malaysia hari ini.

Mohd Azman menambah, kunjungan tersebut juga bertujuan untuk memperkenalkan diri sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak baharu kepada Premier Sarawak.

Terdahulu Premier Sarawak turut menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Sarawak (SPANS), Datu Abdul Ghafur Sharif. – TVS

Tags: #bm, polis, sarawak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan