Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pengasuh ditipu bomoh Facebook lebih RM30,000

MUKAH, 29 April : Seorang wanita yang bekerja sebagai pengasuh di sini mengalami kerugian RM31,451 selepas menjadi mangsa penipuan bomoh dalam talian melalui laman sosial Facebook.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias, mangsa 38 tahun melayari media sosial itu pada 24 April 2022 lalu dan mengenali seorang lelaki dengan penama Ustaz Mangkubono dari Indonesia.

Hasil dari perkenalan itu mangsa berkongsi kepada lelaki berkenaan bahawa dirinya ada menghidap penyakit sawan, kemurungan dan ada masalah dengan teman lelaki.

Baca lagi > > > Wanita rugi RM17,500 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud

Baca lagi > > > Wanita, tunang ditahan tipu jual beli kucing RM11,000 di Facebook

Baca lagi > > > Dipenjara dua tahun enam bulan kerana tipu duit rakan

Katanya lagi mangsa telah diberikan penerangan tentang upacara ritual bagi menyembuhkan sesuatu penyakit dengan cepat dan akhirnya mangsa percaya.

“Setelah mangsa diyakinkan oleh suspek berkaitan kaedah dan keberkesanan perubatan tersebut, suspek mengatakan dirinya memerlukan modal kewangan untuk membeli barang-barang keperluan ritual.

“Pengadu yang telah percaya dengan kata-kata suspek melakukan tujuh transaksi wang ke akaun BRI Indonesia dengan penama Leni Taryati dari 24 April 2022 hingga 26 April 2022 dengan jumlah transaksi RM23,451.00.

“Manakala transaksi kelapan pada 26 April 2022 ke akaun Maybank dengan penama Lim Siew Chian berjumlah RM8,000.00,” katanya dalam satu kenyataan.

Dedahnya lagi mangsa dipercayai memperoleh wang berkenaan daripada hasil jualan dan gadaian emas miliknya serta meminjam wang daripada keluarganya bagi menanggung kos ritual perubatan tersebut.

Dalam pada itu, menurut mangsa dirinya sentiasa dihubungi oleh suspek untuk meminta wang.

Oleh kerana merasakan dirinya telah ditipu mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Mukah pada Khamis (21 April).

Segala perbualan mangsa dirakam di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah dan segala dokuman sokongan dari mangsa turut diperoleh bagi membolehkan kertas siasatan dibuka.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu Bomoh Online) IPD Mukah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan