Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: TVS

Fokus kepakaran penduduk untuk bantu keluar kepompong kemiskinan

ByAkma Salleh

KUCHING, 29 April : Ahli Parlimen Petra Jaya, Dato’ Sri Fadillah Yusof menyarankan semua pemimpin di setiap cawangan dan juga ranting memainkan peranan masing-masing untuk memastikan penduduk di kawasan Parlimen itu keluar daripada kepompong kemiskinan.

Katanya, fokus kepada pendidikan boleh membawa mereka (penduduk) keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Pemimpin setempat juga boleh mengenal pasti kepakaran penduduk tempatan, contohnya mungkin dalam bidang masakan atau jahitan, yang boleh membantu menjana pendapatan dan meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri di Pusat Khidmat N7 Samariang di sini hari ini.

Berhubung majlis itu, Fadillah berkata, ia merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Pergerakan Wanita di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N7 Samariang.

Pada program itu, seramai 120 penerima telah menerima bantuan bakul makanan yang melibatkan penduduk di Kampung Lintang, Kampung Sungai Bedil dan Kampung Tunku untuk meringankan beban mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan