Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita warga emas ditemu selamat yang dikhuatiri hilang di kawasan berhampiran kampung Tanjung Apong, Jalan Asajaya
Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang di Kampung Tanjung Apong, Jalan Asajaya ditemui selamat pukul 3 pagi tadi.- Foto BBP Asajaya

Wanita 94 tahun hilang di hutan ditemui pukul 3 pagi

KUCHING, 28 April : Seorang wanita warga emas yang dikhuatiri hilang di hutan di Kampung Tanjung Apong, Jalan Asajaya, ditemui selamat awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa, Chong Khiuk Fah, 94, ditemui kira-kira 2.5 kilometer (km) dari rumahnya pada pukul 3 pagi tadi. 

Difahamkan, kehilangan Khiuk Fah disedari oleh ahli keluarganya selepas dia tidak pulang ke rumah malam tadi.

Dia dipercayai ‘masuk’ kawasan hutan belakang rumahnya pada pukul 11 pagi semalam.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Zaidel Zailani berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya menerima panggilan pada pukul 9.53 malam tadi yang memaklumkan kehilangan wanita itu.

Katanya, seramai tujuh anggota terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan radius pencarian satu km. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan