Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
-- BERNAMA
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata pihaknya sedia membantu Jabatan Imigresen mengesan saki-baki tahanan Rohingya yang masih bebas.

Polis jejak tahanan Rohingya lari dari depot imigresen di Pasar Borong Selayang

KUALA LUMPUR, 28 April : Polis Kuala Lumpur akan melakukan pemantauan di Pasar Borong Selayang dan lokasi sekitarnya susulan terdapat dakwaan berhubung tahanan Rohingya yang lari dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap pada 20 April lepas kini berada di kawasan itu. 

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata pihaknya sedia membantu Jabatan Imigresen mengesan saki-baki tahanan Rohingya yang masih bebas. 

“Kita akan cuba sedaya upaya kesan mereka yang masih belum ditangkap atau menyerah diri… itu antara tindakan diambil, sama ada kita pergi ke Pasar Borong Selayang atau tempat lain,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat 18/2022 peringkat kontinjen Kuala Lumpur di Balai Trafik Jalan Tun HS Lee hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud yang tidak menolak kemungkinan tahanan Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap kini berada di Selayang. 

Khairul Dzaimee berkata demikian selepas menjalankan operasi di Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur hari ini. 

Dalam kejadian pada 20 April lepas, sejumlah 528 tahanan di depot itu merusuh sebelum melarikan diri dan enam daripada mereka maut akibat dirempuh kereta ketika cuba melintas jalan di Kilometer 168 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Setakat semalam, seramai 61 tahanan masih bebas dan usaha mengesan mereka masih diteruskan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan