Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohd. Azman Ahmad Sapri melancarkan Op Selamat 18 di Kuching, hari ini,

Jalan Stutong Baru dan Jalan Bau antara lokasi kemalangan maut di Sarawak

KUCHING, 28 April : Polis Sarawak menjangkakan kes kemalangan di negeri ini akan meningkat susulan peningkatan aliran trafik menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, selain tambahan trafik selepas perjalanan merentas daerah dibenarkan, beberapa punca lain termasuk kecuaian pemandu turut menyumbang kepada kes kemalangan.

“Kita jangka ada pertambahan (kemalangan) namun tidak pasti berapa peratusnya.

“Oleh itu menerusi Op Selamat 18 di Sarawak, kita optimis untuk mengurangkan kadar kemalangan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat 18 Sarawak di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Azman memberitahu, Polis Sarawak telah mengenal pasti 56 kawasan panas yang kerap berlaku kemalangan maut.

“Antaranya Jalan Stutong Baru di Kuching, Kilometer (km) 01-15 Jalan Bau, Lundu dan Jalan Paradom Sibu,”katanya.

Bertemakan Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi , Op Selamat tahun ini juga menyasarkan untuk menurunkan kadar kes kemalangan maut dan mengurangkan kes jenayah terutamanya pecah rumah.

Seramai lebih 750 orang pegawai dan anggota polis Sarawak akan terlibat dalam operasi kali ini yang akan berlangsung selama  10 hari bermula esok sehingga 8 Mei depan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan