Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Duta Besar Indonesia di Malaysia Hermono (kiri) beramah mesra bersama warga Indonesia yang beratur membeli tiket feri untuk pulang ke kampung sempena Aidilfitri di Jeti Feri Stulang Laut hari ini. Foto: Bernama

300,000 warga Indonesia dijangka kembali ke Malaysia selepas Aidilfitri

JOHOR BAHRU, 28 April : Seramai 300,000 warga Indonesia dijangka memasuki kembali negara ini secara berperingkat selepas Hari Raya Aidilfitri.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia Hermono berkata selain mereka yang pulang berhari raya, jumlah itu juga termasuk individu yang pulang ke Indonesia semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata kekurangan pekerja asing di Malaysia turut menyumbang kepada kemasukan warga Indonesia ke negara ini.

“Ini kerana Malaysia juga mengalami kekurangan tenaga buruh dan ia bergantung kepada permintaan, namun saya ramalkan sekitar 300,000 (warga Indonesia) akan memasuki Malaysia,” katanya pada sidang media selepas meninjau Terminal Feri Antarabangsa Stulang Laut, di sini hari ini. 

Sementara itu, Hermono berkata kesemua perkhidmatan penerbangan serta feri daripada Malaysia menuju ke Indonesia penuh ketika ini dan majoritinya pulang bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

“Semua penerbangan penuh sekarang dan (ini berikutan) Indonesia juga sudah beri kelonggaran untuk memasuki negara,” katanya.

Beliau pada masa sama menasihati warga Indonesia yang ingin memasuki negara ini agar menggunakan jalan yang sah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan