Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rubiah Wang hadir pada majlis penyerahan bantuan banjir kepada 217 penerima di Samarahan di sini hari ini.
Rubiah Wang hadir pada majlis penyerahan bantuan banjir kepada 217 penerima di Samarahan di sini hari ini.

Calon PBB : Terpulang kepada Abang Johari

ByConnie Grace

KUCHING, 27 April: Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang menyerahkan kepada budi bicara Presiden, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menentukan calon parti itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Rubiah berkata, sebarang keputusan termasuk mengekalkan atau menggugurkan penyandang sedia ada merupakan hak mutlak Abang Johari.

“Ini terpulang kepada budi bicara Abang Johari kerana beliau sudah mengenal pasti siapa (calon) boleh dikekalkan atau yang akan mengundur diri,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan terdapat Ahli Parlimen PBB tidak akan dicalonkan semula bagi memberi laluan kepada muka baharu.

Rubiah Wang bercakap dalam sidang media selepas menyerahkan bantuan banjir kepada 217 penerima di Samarahan, di sini hari ini.

Kelmarin, Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) selepas merasmikan Mesyuarat Persidangan Perwakilan Tri Tahunan Kelima PRS di Sibu berkata terdapat wakil rakyat PBB yang menyatakan hasrat untuk mengundur diri pada PRU-15 ini dan sehubungan itu, parti berkenaan akan menampilkan muka baharu sebagai pengganti.

Sementara itu, Rubiah berkata, sudah menjadi amalan dalam PBB yang sentiasa menerima pelbagai cadangan berhubung pemilihan calon mereka.

“Pemilihan yang dibuat oleh parti sentiasa mengikut kesesuaian dan perkembangan semasa, sebab kita perlukan barisan Ahli Parlimen yang kukuh untuk membawa suara rakyat ke peringkat Persekutuan, kita perlukan barisan yang bertenaga,” katanya.

Ketika ini, PBB mempunyai seramai 13 orang Ahli Parlimen antaranya Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Dato Sri Fadillah Yusof, Dato Sri Nancy Shukri, Dato Sri Rohani Abdul Karim, Datuk Robert Lawson Chuat, Yusuf Abdul Wahab, Ahmad Johnie Zawawi, Dato Hanifah Hajar Taib, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Lukanisman Awang Sauni, Datuk Hasbi Habibollah, Dato Henry Sum Agong dan Rubiah.

Terdahulu, Rubiah hadir pada majlis penyerahan bantuan sebanyak RM500 kepada 217 mangsa banjir di daerah Samarahan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan