Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak dan Singapura bincang sektor tenaga boleh diperbaharui

ByAmirah Shawel

KUCHING, 27 April : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengadakan perbincangan berkaitan bidang tenaga yang boleh diperbaharui dengan Singapura.

Pada sesi yang berlangsung selama 45 minit itu, republik berkenaan diwakili Menteri Tenaga Manusia dan Menteri Kedua Perdagangan dan Industri, Tan See Leng.

Menurut kenyataan daripada Pejabat Premier Sarawak, perbincangan itu turut menyentuh bidang tenaga hijau dan tenaga hidrogen yang boleh dimanfaatkan untuk kepentingan Sarawak dan Singapura.

Pertemuan dengan See Leng merupakan program terakhir Abang Johari sebelum berlepas pulang ke Sarawak hari ini.

Premier Sarawak itu dalam lawatan kerja dua hari ke Singapura dan semalam dijemput sebagai penceramah pada sesi Dialog Endowmen S.Rajaratnam (SRED) anjuran Yayasan Temasek.

Abang Johari ketika berucap turut menyentuh isu perdagangan dunia dan serantau serta turut mengambil peluang itu memperkenalkan pelbagai inisiatif baharu dilancarkan Kerajaan Sarawak.

Ujar beliau, pelbagai inisiatif yang diperkenalkan di bawah pimpinannya bertujuan untuk memacu ekonomi Sarawak termasuk ekonomi digital, ekonomi hijau, pembiayaan alternatif melalui Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) dan program Autonomous Rapid Transit (ART) untuk transformasi pengangkutan awam.

Sempena lawatan itu, Abang Johari turut ditemu bual Straits Times berkenaan politik Sarawak, pembangunan ekonomi serta hak Sarawak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Turut mengiringi Abang Johari, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi, Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Sdn. Bhd, Datu Sharbini Suhaili. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan