Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Calon muka baharu PRU15 bukan isu - Abdul Karim
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sekiranya partinya turut melakukan perkara sama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), beliau melihatnya sebagai tindakan wajar.

PRU15 : Calon baharu bukan isu – Abdul Karim

KUCHING, 27 April : Keputusan mencalonkan muka baharu untuk bertanding dalam pilihan raya bukanlah isu besar malahan telah menjadi amalan pelbagai parti politik sejak sekian lama.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sekiranya partinya turut melakukan perkara sama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), beliau melihatnya sebagai tindakan wajar.

Ujar Abdul Karim, langkah berkenaan juga sejajar dengan kehendak rakyat yang inginkan perubahan.

“Apabila pilihan raya berlangsung, pemenang akan kekal di situ untuk tempoh lima tahun.

“Sekiranya tiada perubahan, tempoh lima tahun akan berlalu begitu sahaja dan tentunya pengundi rasa tidak senang,”katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Abdul Karim berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru – baru ini bahawa parti itu berkemungkinan akan memperkenalkan muka baharu sebagai calon mereka pada PRU-15 akan datang.

Ujar Abang Johari, ini kerana beberapa penyandang sedia ada telah memaklumkan kepada beliau bahawa mereka tidak berhasrat untuk mempertahankan kerusi masing – masing.

Sementara itu, Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya berkata, pengundi ‘gembira’ melihat perubahan yang ditampilkan oleh parti – parti politik berhubung pemilihan calon.

“Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun lepas, ramai muka baharu diperkenalkan termasuk di kalangan anak muda, ini selaras dengan aspirasi pengundi,”katanya.

Kepada soalan mengenai calon digugurkan, Abdul Karim berkata, beliau yakin ada Ahli Parlimen yang tidak akan bertanding lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan