Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PUTRAJAYA, 3 Apr -- Orang ramai mengunjungi Bazar Ramadan Putrajaya 2022 di Presint 3 hari ini bagi membeli juadah berbuka puasa pada hari pertama umat islam menyambut ibadah ramadan. Imbasan kod QR MySejahtera sebelum memasuki kawasan bazar dan pemakaian pelitup muka adalah wajib bagi peniaga dan pengunjung. Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak lagi mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) khusus untuk bazar ramadan tahun ini, seperti ditetapkan dalam tempoh dua tahun sebelum ini. SOP fasa peralihan ke endemik tahun ini tertakluk kepada ketetapan setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pemakaian pelitup muka di luar bangunan, kawasan terbuka tidak wajib mulai 1 Mei

PUTRAJAYA, 27 April : Menteri Kesihatan , Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan bahawa berkuat kuasa 1 Mei depan, pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka tidak diwajibkan tetapi adalah atas pilihan individu.

Beliau berkata bagaimanapun, pemakaian pelitup muka adalah wajib apabila berada di dalam bangunan dan pengangkutan awam termasuk e-hailing.

“Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan agar pemakaian pelitup muka di luar bangunan terus diamalkan terutama apabila berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti bazar Ramadan, pasar malam dan stadium.

“Pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka adalah atas pilihan tetapi amat digalakkan kerana pelitup muka mampu mengurangkan penularan jangkitan,” katanya dalam sidang media di sini bagi mengumumkan kelonggaran langkah kawalan dan pencegahan COVID-19 di negara ini selaras dengan Fasa Peralihan Ke Endemik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan