Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak santuni golongan asnaf

ByHafeezzur Muzamir

Kredit: Media Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak

KUCHING, 27 April : Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Sarawak memaklumkan akan menyalurkan bantuan bakul makanan dan wang tunai kepada golongan miskin dan miskin tegar di seluruh negeri menerusi program i-Care4U yang bermula hari ini.

Pengarahnya, Jasni Jubli berkata, i-Care4U merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk membantu golongan asnaf yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih.

Katanya, pada tahun ini di Sarawak seramai 90 penerima terdiri daripada ketua isi rumah (KIR) yang layak menerima bantuan itu.

“PPN Sarawak menerima peruntukan sebanyak RM45,250 pada tahun ini untuk laksanakan i-Care4U dan berupaya memberi sumbangan bakul makanan bernilai RM100 dan wang RM250 kepada setiap penerima.

“Peruntukan ini kita peroleh daripada rakan strategik iaitu Bank Muamalat Malaysia (BMMB), PruBSN Takaful Berhad (PruBSN) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis pengagihan sumbangan itu kepada 15 penerima di Kampung Segedup dan Kampung Rantau Panjang di Batu Kawa, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Jasni berkata, sumbangan yang diberikan juga bertujuan untuk meringankan beban penerima menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Ini kerana mereka tidak mempunyai sumber pendapatan yang kukuh di samping turut terkesan akibat pandemik COVID-19 serta isu kenaikan harga barang terutamanya menjelang musim perayaan,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan