Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ilmu pengetahuan dan kemahiran tenaga pekerja, kunci kepada kejayaan ekonomi digital Sarawak

ByNazirah Adlina

KUCHING, 27 April: Kerajaan Sarawak kini fokus kepada kepentingan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selain memperkasakan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan modal insan untuk menyokong inisiatif pembangunan negeri.

Menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Roland Sagah Wee Inn, tenaga kerja perlu dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk mengubah ekonomi Sarawak kepada ekonomi digital.

Roland memberitahu, ilmu pengetahuan dan kemahiran tenaga pekerja harus selaras dengan keperluan semasa dan masa hadapan sesebuah sektor.

“Bidang penting ialah penubuhan perkongsian strategik antara kerajaan, pelbagai sektor industri dan institusi pendidikan lepas menengah, sebagai contoh kolej, universiti dan pusat latihan kemahiran,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sarawak Skill dan enam syarikat di bawah Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) pada Rabu.

“Inisiatif berterusan dalam transformasi digital akan memperkasakan sektor ekonomi Sarawak untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti,” ujarnya.

Inisiatif tersebut termasuk pendigitalan ekonomi sektor swasta melalui ‘big data’, ‘Internet of Things’ (IoT) dan teknologi ‘Blockchain’.

Dalam pada itu, Sarawak kini menetapkan sasaran untuk membangunkan ekosistem ekonomi digital bagi menarik industri baharu.

Menurut Roland, usaha untuk membangunkan ekosistem ekonomi digital ini adalah seperti mewujudkan pusat data standard antarabangsa, mencipta kandungan digital, serta meningkatkan inovasi digital dan keusahawanan untuk pemula digital.

Beliau yakin susunan strategik antara Sarawak Skills dan MTDC berupaya membuka jalan kepada pelbagai strategi baharu bagi memudahkan penggunaan inisiatif transformasi digital oleh industri di Sarawak.

Sarawak Skills dan enam syarikat di bawah MTDC terbabit telah memeterai MoU, di mana antara objektifnya adalah untuk memberi peluang kepada organisasi menjalankan pelbagai aktiviti bersama, seperti penyelidikan, latihan, dan perkongsian pengetahuan dalam bidang seperti automasi dan pendigitalan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan