Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak komited menyelesaikan masalah kesesakan trafik di pangkalan feri Batang Paloh dan Lassa dengan menambah sebuah lagi feri untuk memudahkan pengguna yang melalui kawasan berkenaan bermula 29 April hingga 8 Mei ini.

Aidilfitri : Tambahan dua feri di Batang Paloh dan Lassa

MUKAH, 27 April : Kerajaan Sarawak menambah dua buah feri masing – masing di Pengkalan Batang Paloh dan Lassa untuk kemudahan pengguna pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, feri tambahan itu akan mula beroperasi pada 29 April hingga 8 Mei depan.

Katanya, keputusan itu juga dibuat atas faktor keselamatan selain mahu mengurangkan masa menunggu kepada orang ramai.

“Saya berharap usaha ini akan melegakan pengguna yang terpaksa menempuh perjalanan panjang akibat kesesakan di kedua-dua kawasan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Masalah kesesakan di Batang Lassa dan Paloh merupakan perkara biasa setiap kali musim perayaan.

Susulan kebenaran diberikan untuk pulang ke kampung halaman masing – masing pada tahun ini, dijangkakan aliran trafik tinggi di pengkalan feri berkenaan yang kali terakhir berlaku pada 2019 akan berulang.

Mengulas lanjut, Safiee berkata, tambahan feri itu hanya merupakan langkah sementara kerana Kerajaan Sarawak kini sedang giat melaksanakan pembinaan jambatan sebagai akses perhubungan penduduk.

Sementara itu, beliau memberitahu, sebuah lagi feri juga dijangka akan ditambah di Batang Igan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan