Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang buruh asing ditahan polis di sebuah ladang di Balingian kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah pada Isnin.

Warga asing mengaku miliki dadah ditahan polis

MUKAH, 26 April : Seorang buruh asing ditahan polis di sebuah ladang di Balingian kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias suspek ditahan di hadapan sebuah rumah pekerja, di Ladang SOP Sungai Meris, Balingian sekitar pukul 1.00 petang oleh sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah.

“Semasa pemeriksaan dijalankan bersama anggota serbuan, suspek lelaki berusia 41 tahun yang berasal dari Makasar, Indonesia itu mengaku ada menyimpan barang terlarang.

“Suspek kemudian menyerahkan satu keratan tiub straw berwarna kuning berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine dengan berat kasar 0.20 gram (nilai anggaran RM50) ,” katanya dalam satu kenyataan.

Polis telah merampas  barang tersebut untuk dijadikan barang kes dan suspek ditahan di Balai Polis Mukah.

 Seorang buruh asing menyerahkan diri dengan dadah dimiliki kepada polis IPD Mukah, semalam.
Seorang buruh asing menyerahkan diri dengan dadah dimiliki kepada polis IPD Mukah, semalam.

Berdasarkan siasatan awal suspek dipercayai terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah sejak awal tahun 2022 sehingga sekarang dan saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphethamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 suspek boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta yang sama iaitu boleh dipenjarakan selama tidak lebih 5 tahun atau didenda tidak lebih dari RM 100,000 atau kedua-duanya sekali.

Manakala jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 serta pengawasan polis tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan