Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Rogol anak saudara bawah umur: Lelaki direman bantu siasatan

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 26 April: Seorang lelaki ditahan pihak polis, dipercayai merogol anak saudaranya yang baru berusia 14 tahun.

Tangkapan dilakukan pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan dalam satu serbuan di Kampung Tanjung Harapan, Simunjan, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Simunjan, ASP Hochin Ludu dalam kenyataannya berkata, pihak polis bertindak sejurus menerima laporan daripada ibu mangsa yang juga merupakan adik suspek kira-kira jam 6:29 petang semalam.

“Suspek berusia 38 tahun itu direman bermula 26 April hingga 3 Mei 2022 bagi membantu siasatan.”

“Mangsa memberitahu, bapa saudaranya telah merogolnya dari usia 12 tahun, sejak tahun 2020 sehingga tahun 2022,” katanya.

Hasil soal siasat pihak polis mendapati, suspek mengaku melakukan perbuatan seperti yang dituduh.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan juga dikenakan sebat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan