KOTA SAMARAHAN, 26 April: Bagi penduduk di sekitar Samarahan, pasar raya Emart menjadi destinasi pilihan untuk membeli-belah.
Mereka ternyata berpuas hati dengan barangan yang dijual di pasar raya tersebut.
Ini kerana pelbagai barangan keperluan boleh didapati di situ.
Dayang Roslina berkata, dia memilih pasar raya Emart kerana sayur-sayuran serta buah-buahan yang dijual masih segar.
“Saya berpuas hati kerana sayur-sayuran, buah-buahan, malah ayam juga masih segar. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan.
“Saya lebih suka sekiranya mereka mengadakan promosi, kerana harganya jauh lebih murah. Setiap kali promosi, saya akan datang ke sini. Emart tetap menjadi pilihan kerana barangannya segar-segar belaka,” katanya ketika ditemui TVS selepas membeli-belah di pasar raya tersebut.
Seorang lagi pelanggan, iaitu Fauzan Ellin, juga sependapat dengan Dayang Roslina.
“Pertama, saya memilih Emart kerana barang keperluan yang lengkap, seperti barangan dapur, barangan kering dan juga barangan basah. Apabila Emart mengadakan promosi jualan semasa musim perayaan, ia memudahkan kita untuk membuat persediaan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. Memang menjadi pilihan dan ramai orang yang datang,” ujarnya.
Sementara itu, menurut Eksekutif Pemasaran Emart Group, Adeline Pei, pasar raya Emart sememangnya sentiasa mengadakan pelbagai promosi.
Sempena perasmian Emart Supermarket Summer Mall, pasar raya Emart mengadakan promosi jualan besar-besaran selama tiga hari bermula 25 hingga 27 April ini.
“Bermula dari 25 April hingga 27 April, kita ada tiga hari promosi jualan besar-besaran. Jadi warga Kuching dan Samarahan digalakkan untuk merebut peluang ini dan datanglah ke Pasaraya Emart di Summer Mall.
“Kami mengadakan promosi jualan bagi barangan yang berlainan setiap hari. Stay tune di Facebook kami,” terang Adeline.
Dalam pada itu, bagi pelanggan yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai promosi yang diadakan, mereka boleh melayari laman facebook Emart Malaysia. – TVS