Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SANDAKAN, 25 April: Menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan mengambil kesempatan berkongsi kemeriahan bersama anak-anak yatim dan juga komuniti maritim.
SANDAKAN, 25 April: Menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan mengambil kesempatan berkongsi kemeriahan bersama anak-anak yatim dan juga komuniti maritim.

Maritim Negeri Sabah raikan anak-anak yatim menjelang Hari Raya Aidilfitri

SANDAKAN, 25 April: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan mengambil kesempatan untuk berkongsi kemeriahan bersama anak-anak yatim dan juga komuniti maritim.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah, berkata, menjelang penghujung Ramadan yang mulia, warga Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengagihkan sumbangan duit raya kepada 48 anak yatim dari Rumah Amal Selawat Nabi, Sandakan.

Program amal seperti ini merupakan program tahunan bagi Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan setiap kali pada bulan Ramadan serta Hari Raya Aidilfitri.

Selain meraikan anak-anak yatim, warga Maritim Negeri Sabah turut memberikan sumbangan kurma dan bakul makanan kepada komuniti maritim yang berdekatan.

Sumbangan bingkisan raya kepada semua warga Zon Maritim Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Tawau dan ESSCOM turut disampaikan kepada yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri.

Sumbangan bingkisan raya telah disampaikan kepada warga Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Zon Maritim Labuan serta Zon Maritim Kudat dalam majlis berasingan yang diadakan di atas Kapal Maritim (KM) Arau.

Biarpun sambutan Aidilfitri disambut meriah setelah dua tahun tidak dapat diraikan secara normal, namun pegawai dan anggota Maritim Malaysia akan terus bertugas seperti biasa.

Pengoperasian kapal dan bot juga akan tetap menjalankan operasi yang telah dirancang terutamanya dalam melaksanakan Op Khas Pagar Laut sempena musim perayaan ini.

Maritim Malaysia akan mempertingkatkan lagi operasi menerusi Op Khas Pagar Laut untuk mengekang kemasukan PATI, penyeludupan barang kawalan, dadah dan jenayah rentas sempadan.

Maritim Malaysia juga menyeru kepada komuniti maritim agar sentiasa menjaga keselamatan semasa melakukan aktiviti di laut pada musim perayaan ini.

Pengusaha bot penumpang juga dinasihatkan untuk sentiasa mengutamakan nyawa dan keselamatan penumpang.

Maritim Negeri Sabah berharap tragedi bot penumpang yang karam di perairan Semporna baru-baru ini akan dijadikan iktibar oleh semua.

Komuniti maritim diseru untuk terus memberikan kerjasama kepada Maritim Malaysia dengan melaporkan sebarang kegiatan jenayah di laut ke talian 088-387774 atau talian kecemasan MERS 999. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan