Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan berjaya mematahkan cubaan menggunakan perairan wilayah itu bagi tujuan menyeludup dadah dengan penemuan dua bungkusan dadah jenis syabu dicampak di perairan Sipitang awal pagi Isnin.

Maritim Labuan patahkan cubaan seludup dadah

LABUAN, 25 April : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan berjaya mematahkan cubaan menggunakan perairan wilayah itu bagi tujuan menyeludup dadah dengan penemuan dua bungkusan dadah jenis syabu dicampak di perairan Sipitang awal pagi Isnin.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin bin Jusoh berkata, semasa melaksanakan rondaan Ops Benteng dan Op Khas Pagar Laut 1/2022 kira-kira jam 2.30 pagi di perairan Brunei Bay dan Sipitang, Sabah, mengesan sebuah bot yang sedang bergerak dalam kawasan mencurigakan.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin bin Jusoh berkata, semasa melaksanakan rondaan Ops Benteng dan Op Khas Pagar Laut 1/2022 kira-kira jam 2.30 pagi di perairan Brunei Bay dan Sipitang Sabah, mengesan sebuah bot yang sedang bergerak dalam kawasan mencurigakan.
Rondaan Ops Benteng dan Op Khas Pagar Laut 1/2022 kira-kira jam 2.30 pagi di perairan Brunei Bay dan Sipitang Sabah

“Sebaik dihampiri, juragan bot berkenaan telah membuang sebuah bungkusan ke laut dan terus memecut melarikan diri,

“Bot peronda melakukan pengejaran namun terbatas berikutan faktor perairan cetek,” Katanya dalam satu kenyataan media.

Baca > > > Bot penyeludup terbalik dikejar Polis Marin

Nurin berkata, sejurus selaps itu bot peronda berpatah balik untuk mengesan bungkusan yang di yang dicampak ke laut

Katanya, hasil pencarian menemukan sebuah bungkusan plastik berwarna putih yang mengandungi dua paket dadah dipercayai jenis syabu seberat 49 gram.

“Kes disiasat dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952,” Tambahnya.

Nurin menasihatkan Komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah termaktub didalam perlembagaan bagi mengelakkan diri daripada terbabit dengan sebarang salah laku di perairan negara.

“Sebarang maklumat berkaitan berkaitan jenayah maritim boleh dilaporkan ke Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 atau melalui talian kecemasan MERS 999,” Katanya. – TVS.

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found