Akibat terpengaruh dengan tawaran kerja yang menjanjikan gaji lumayan di luar negara, enam lelaki Sarawak kini ‘terperangkap’ di Kemboja selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan.

Enam lelaki Sarawak ‘terperangkap’ di Kemboja, jadi mangsa sindiket tipu kerja

KUCHING, 26 April : Akibat terpengaruh dengan tawaran kerja yang menjanjikan gaji lumayan di luar negara, enam lelaki Sarawak kini ‘terperangkap’ di Kemboja selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, setakat ini pihaknya menerima laporan daripada keluarga kesemua mangsa pada 20 dan 22 April lalu.

Ujar beliau, siasatan awal mendapati, kesemua mereka ditawarkan peluang pekerjaan di Kemboja oleh ejen pekerjaan.

“Setelah tiba di negara itu, mereka berasa terpedaya apabila dipaksa untuk melakukan kerja-kerja penipuan dengan melakukan panggilan telefon untuk memperdaya mangsa – mangsa,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau memberitahu, dua kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan telah dibuka oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak.

“Operasi mengesan mangsa-mangsa di Kemboja akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman yang akan bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol),”katanya.

Sementara itu, Mohd. Azman berkata, statistik kes penipuan bagi tahun ini meningkat sebanyak 27.45 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mac lalu, sebanyak 666 kes dilaporkan berbanding 640 pada 2021,”katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum bersetuju dengan tawaran kerja meragukan terutamanya yang menjanjikan pulangan yang lumayan di luar negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan