Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiada sekatan jalan raya dilaksanakan ketika Aidilfitri, elak lalu lintas sesak

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 25 April: Tiada pelaksanaan sekatan jalan raya sepanjang tempoh sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, sekatan tersebut hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang berat pada musim perayaan jika dilaksanakan.

“Rondaan tetap akan dijalankan dan akan ditingkatkan kekerapannya.

“Rondaan akan ditambah lebih-lebih lagi di kawasan perumahan dan bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja rasmi dan majlis berbuka puasa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan pada Ahad.

Dalam pada masa sama beliau turut mengingatkan masyarakat yang berhasrat untuk pulang ke kampung halaman untuk memaklumkan kepada balai polis berhampiran agar rondaan kerap dapat dilakukan.

Katanya, rondaan akan dilakukan oleh Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Motosikal (URB).

Menyentuh mengenai cuti pegawai dan anggota polis, Mohd Azman berkata hanya 10 peratus pegawai dan anggota polis Kontinjen Sarawak dibenarkan bercuti pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Namun, ia bergantung kepada keadaan semasa.

“Sekiranya ada kecemasan pada masa itu, cuti akan dipertimbangkan semula,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan